You are here

Suri rumah, penganggur tingkat pendapatan dengan Singer
January 15,2009

RHU MUDA- Golongan suri rumah dan penganggur yang tidak mempunyai pendapatan tetap kini mempunyai alternative lain bagi mendapatkan wang dengan cepat, iaitu dengan menjadi wakil jualan.

Kedua-dua golongan berkenaan adalah antara mereka yang mendapat manfaat besar dengan menyertai dan menjadi wakil jualan sebuah syarikat ternama, Singer.
Pengurus Wilayah Singer, Tajuddin Abdul Rahim berkata, konsep wakil jualan yang diguna pakai sejak dahulu banyak member peluang pekerjaan kepada mereka yang menyertainya.

“Selain berfungsi sebagai orang tengah syarikat dalam menjalankan urusan jual beli, mereka juga akan diberikan bimbingan dan kursus berterusan sebagai bimbingan dan meningkatkan tahap efisien wakil jualan.

“Selain itu, mereka juga akan diberi motivasi dan anak lumat terkini dan promosi mengenai barangan yang dipasarkan syarikat bagi memudahkan mereka apabila berurusan dengan pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum itu, Tajuddin merasmikan seminar sehari sempena Pelancaran Promosi Pembelian Bijak yang akan berlangsung 8 Januari sehingga 5 April ini, di Angullia Beach Resort, semalam.

Seminar itu disertai 37 wakil penjual baru dari Terengganu, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan.

Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil Singer yang berjaya, iaitu Pengurus Singer Daerah Kota Baharu, Mohd Asri Ahmad dan Pengurus Kedai Singer Wakaf Che Yeh, Kota  Bharu, B Jayebalan.

Pengurus Singer Terengganu, Sulaiman Musa berkata, sehingga kini terdapat 100 wakil jualan pula meningkat setiap masa.

“Apa yang membanggakan pihak kami adalah kesedaran dan pertambahan golongan suri rumah yang menjadi wakil jualan semakin meningkat dan ia menunjukkan perkembangan positif bagi golongan terbabit,” katanya.