You are here

Singer rancang buka 1,000 cawangan di seluruh Negara
January 19,2011

KOTA KINABALU: Singer (Malaysia) Sdn Bhd merancang untuk membuka 1,000 cawangannya di seluruh Negara dalam masa tiga tahun akan dating.
Pengarah Urusannya, Yeap Dein Wah berkata, pada masa ini Singer mempunyai lebih 150 cawangan Singer dan 450 Kedai Agen Singer di seluruh Negara dan daripada jumlah itu 78 cawangan di Sabah termasuk cawangan barunya di Putatan.
Katanya, Singer juga mempunyai lebih daripada 300 servis kontraktor yang member perkhimatan servis lepas jualan kepada pelanggannya.

“Pelan peluasan rangkaian Singer ini akan membuka peluang kepada individu yang agresif  dan bermatlamat untuk berjuang sebagai usahawan yang Berjaya dalam Program Keusahawanan Singer,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap pada pembukaan baru Singer Putatan yang terletak di Putatan Light Industrial Shop-house di sini, kelmarin.

Pembukaan cawangan baru Singer di Putatan itu merupakan pembukaan cawangan Singer yang pertama pada tahun ini.

Yeap berkata, Program Keusahawanan Singer itu member peluang latihan dan yang lebih penting peluang untuk menjadi “bos” sendiri dengan pembukaan cawangan kedai agen Singer di kawasan masing-masing.

Menurutnya, bersesuaian dengan pembangunan ekonomi moden, rancangan peluasan Singer akan memberi peluang keusahawanan kepada individu-individu di setiap  kawasan setempat, biarpun di bandar ataupun di luar bandar.

Katanya, rancangan itu juga pasti mendorong kea rah pembangunan ekonomi negara lebih pesat pada tahun ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Singer akan meraikan ulang tahun ke-105 di Malaysia pada tahun ini, dengan penubuhan yang kukuh selama 105 tahun itu,
Singer telah berkembang dari penjualan mesin jahit kepada perniagaan yang semakin luas dengan penjualan perkakas elektrik rumah selain daripada mesin jahit.

“Barangan Singer telah mengharungi pelbagai tahap revolusi dan inovasi bertepatan dengan keperluan masyarakat yang memerlukan produk yang cekap dalam kegunaan harian,” katanya.

Yeap berkata, Singer juga telah mencipta sejarah sebagai syarikat pertama di Malaysia yang memperkenalkan Skim Ansuran Bulanan (EasyPay) kepada pelanggan.

Source: 
The new Sabah Times – BM