You are here

Singer buka peluang wakil jualan tambah pendapatan
February 18,2009

MACHANG – Peluang menjana pendapatan lebih dan tidak terhad serta setimpal dengan usaha dilakukan sentiasa terbuka luas kepada wakil jualan Singer (M) Sdn. Bhd. jika mereka bersikap positif dan sentiasa menggunakan kemudahan yang disediakan kepada mereka dengan sebaiknya.

Pengurus Kawasan Singer (M) Sdn. Bhd., Mohd Asri Hamat, berkata wakil jualan syarikat itu bukan sahaja dibayar komisen ke atas barangan yang dijual, malah akan memperoleh lain-lain ganjaran sebagai insentif apabila mereka berjaya mencapai sasaran dalam sesuatu kempen yang dianjurkan pihak syarikat.
K
atanya, sepanjang tahun, pelbagai program dan kempen dianjurkan dengan menetapkan sasaran serta tempoh masa yang mencukupi bagi member galakan kepada wakil jualan merebut peluang meningkatkan pendapatan masing-masing pada setiap bulan.

“Antara kempen yang sedang berjalan sekarang adalah Boleh Sokmo yang bermula pada 8 Januari lalu dan akan berakhir pada 7 April akan dating dengan menawarkan pelbagai hadiah dan ganjaran lumayan.

“Selain itu, syarikat juga menganjurkan program Tukar Beli sebagai suatu kaedah bagi menarik pelanggan membuat belian barangan baru dengan memperoleh potongan harga barangan tukaran mengikut kadar berpatutan sehingga maksimum RM300,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada wakil jualan kedai Singer di sini yang berjaya membuat jualan terbanyak bagi bulan Januari tahun
ini.

Antara penerima hadiah jualan terbanyak bagi bulan Disember 2008 dan Januari 2009 ialah Tuan Hassan Tuan Husin, 45.

Hadiah disampaikan Mohd Asri sendiri dengan disaksikan Pengurus Kedai Singer Machang, Mohamad Zakaria.

Mohd Asri berkata, pihaknya bukan sahaja menganjurkan program kempen dan menyediakan hadiah menarik serta ganjaran lumayan, malah mengadakan bahan-bahan bercetak dan lain-lain perkara yang diperlukan bagi kemudahan wakil jualan mendekati pelanggan dan membuat jualan.

Source: 
Sinar Harian